Monday, 3 November 2014

don't you judge him ! Allah is the Greatest Judge !!

Asslamu'alaikum WBT.
Alhamdulillah diberi kesempatan mencoretkan lagi kisah hidup dan berkongsi ilmu dan cerita.

Sebentar tadi aku ada terbaca satu post di Muka Buku.
Gambar seorang remaja ditangkap sebab melakukan banyak jenayah seperti curi motosikal dan sebagainya.

Allahhurabbi, basah mata aku dengan manik jernih, rasa kesian melihat wajah si remaja.
Nampak ketakutan, kebingungan, kerisauan di matanya.
Aku tidak pasti mengapa bisa aku merasa demikian.
Sedangkan aku langsung tidak mengenalinya.
Mungkin pada masa itu dia dah bertaubat atau ada sedikit rasa lelah melakukan jenayah....
Wallahhua'lam, hanya dalam pengetahuan Allah.

Membaca komen-komen pada gambar itu, membuat aku makin tersayat.
Bangsa dan saudara seagama mendoakan yang tidak baik, tidak kurang yang mengeji.
Apa hak kita wahai sahabat? 
Adakah kita kenal remaja itu, jalan hidupnya, liku-luku yang dilalui dan masa lampaunya?
Kalau ada yang benar-benar kenal, silakan menghukum.
Puaskah hati korang menghukum remaja itu sedemikian?
Allah, kurang faham aku disitu .

kadang kita lihat orang itu buruk akan perangai, pakaian dan kata-katanya.
terus kita hukum dia kurang ajar, tiada akal dan bakal penghuni neraka.
apa kita tidak lihat diri kita yang berkata2 ini ?
mengutuk dan mencerca kalaupun kita punya banyak ilmu,
apa gunanya?

sedang kita tidak pernah mengamalkan segala ilmu yang ada?
bukankah mereka yang dikutuk lebih baik dari kita?
sekurang-kurangnya mereka tidak tahu apa yang salah akan tindakan mereka.
kita? sudah tahu tapi masih tega melakukan itu?
sungguh biadap kita pada ilmu.

::
— feeling muhasabah diri sendiri.

tolonglah berjuang untuk ummah bukan untuk kepentingan dan nafsu diri sendiri.
chao, assalam ~
post hari ni memang sentapp ..
ngantuk
                                                                     11 Muharram 1436
                                                                  4 Nov 2014
                                                                  1.47 am

---------- Biarlah kebenaran bersuara

tatkala sengketa mula berleluasa
kerana semakin hari diri berasa
amat berat dan tak punya kuasa ~ ..........

Thursday, 2 October 2014

assalamu'alaikum wbt.

alhamdulillah masih lagi bernyawa untuk meneruskan sisa-sisa hidup di muka bumi Allah ini.
alhamdulillah masih  berusaha jadi orang baik-baik.
kata lecturer aku, "be the cream among the cream". susah ke ? in shaa Allah tak. sometimes, kita rasa susah nak do something, right? why dont we just try it once then give the real judgement on that. mungkin bila dah try kita akan jadi more confident, isnt it? in shaa Allah. (okay, mukaddimah agak formal dan kedengaran agak Islamik. eh ? do i care?)

okay, today i just wanna to share about my days.
on 26th September was my birthday date. so? happy bornday to me!! HAHA (tak lawak).
straight to the point.
semalam kami ada Usrah Sughra. kami discuss pasal Abdullah bin Jahsy. meh kita share sikit apa yang aku dapat dari usrah ni.

Abdullah bin Jahsy r.a adalah anak kepada ibu saudara Rasulullah SAW, Umamah binti Abdul Mutallib dan juga ipar kepada Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW mengahwini saudara perempuannya Zainab binti Jahsy r.a.
Beliau merupakan antara 40 orang terawal memeluk Islam.


Berikutan daripada hijrah beliau ke Madinah, harta-harta peninggalan dan kekayaan Abdullah bin Jahsy telah di rampas oleh Abu Jahal. Peristiwa ini berlaku apabile para pembesar Quraisy yang mengadakan rondaan bagi memeriksa sudut-sudut kota Mekah mendatangi perkampunang Bani Jahsy, iaitu setelah Abdullah bin Jahsy meninggalkan kota Mekah. Pemimpin meraka, Abu Jahal yang mendapati rumah Abdullah bin Jahsy tidak berpenghuni dan dipenuhi harta kekayaan, telah mengambil seluruh harta itu.  Perkara ini kemudiannya sampai ke pengatahuan Abdullah bin Jahsy dan beliau mengadu kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah telah menjawab:     “Allah akan menggantikannya dengan rumah yang paling baik di Syurga”


Beliau diberi mandat memegang bendera Islam dalam peperangan.
Semasa bulan haram berperang, ada kabilah yang ingin memasuki Mekah. Beliau dalam dilema, adakah mahu berperang dan melanggar arahan Rasulullah atau ingin membiarkan kabilah masuk ke Tanah Haram.
Beliau membuat keputusan untuk berperang kerana ingin menjaga keamanan Mekah.

Apabila berita itu diketahui Rasulullah, beliau dimarahi oleh Rasulullah kerana melanggar arahan. Beliau dipulaukan oleh orang ramai. Ketika itu Abdullah berasa "down" dan hilang semangat, namun beliau terus beristighfar.

Ketika itu, Rasulullah turut merasa perasaan Abdullah apabila dipulaukan, namun baginda juga buntu sehingga turun wahyu dari Allah swt iaitu Surah Al-Baqarah ayat ke 217
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya disisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).


to be continue, in shaa Allah. assalmu'alaikum ~

 
Abdullah bin Jahsy sebagai Amirul Mukminin

Sunday, 31 August 2014

aku bukan pendakwah , keyy !

ASSALAMUA'ALAIKUM WBT ...

sebelum mulakan sesuatu yang belum bermula , aku nak bagitau , aku bukan ustaz ustajah . aku bukan sape-sape . ilmu aku kureng . aku jahil . aku , aku dan aku adalah aku yang serba kurang . tapi , Allah bagi aku satu yang aku rasa lebih , aku nak belajar kalau aku tak cerdik , aku nak tambah ilmu kalau aku ketandusan ilmu , aku nak berubah kalau aku ketinggalan .  

Alhamdulillah

ALLAH
BUKA
JALAN
UNTUK
AKU


BERUBAH


 kenapa ?
sebab aku ditempatkan di tempat yang persekitarannya terjaga , bi'ah solehah , masjid dekat ,

dikelilingi bakal ustaz ustajah . memang semua yang ada disekelilingku ini tak sempurna ,

 namun ada hikmah ada kelebihan . mereka ada ilmu , aku boleh belajar .. tentang mereka yang

 ada kekurangan , ada sikit cacat cela dalam pergaulan , percakapan dan dalam menegur , itu

mereka . merEka sendiri uruskan dengan Allah . aku salah ? kan aku dah bagitau yang aku jahil . 
AKU
DALAM
PROSES !!

KAU !
KAU !
KAU !

YANG TENGAH BACA , RENUNG , MUHASABAH NI , PUN MACAM TU JUGAK .
KITA HARUS ADA PENINGKATAN DALAM HIDUP .
TAK MENGAPALAH SEKADAR SUSAH DI DUNIA , ASAL DI AKHIRAT TERBELA ,RIGHT ?

lastly , im not a perfect person . goes same to u all .. but we try to be the better , right ? 
never give up ! ( semangat untuk diri aku sendiri yang hampir aje putus asa ) .
 daaaa , see yah next post , In Shaa Allah :) #Qowiyy

SELAMAT HARI LAHIR , MALAYSIA !!
DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA -57TAHUN-




_ ada salah , im sorry _