assalamu'alaikum wbt.
alhamdulillah masih lagi bernyawa untuk meneruskan sisa-sisa hidup di muka bumi Allah ini.
alhamdulillah masih berusaha jadi orang baik-baik.
kata lecturer aku, "be the cream among the cream". susah ke ? in shaa Allah tak. sometimes, kita rasa susah nak do something, right? why dont we just try it once then give the real judgement on that. mungkin bila dah try kita akan jadi more confident, isnt it? in shaa Allah. (okay, mukaddimah agak formal dan kedengaran agak Islamik. eh ? do i care?)
okay, today i just wanna to share about my days.
on 26th September was my birthday date. so? happy bornday to me!! HAHA (tak lawak).
straight to the point.
semalam kami ada Usrah Sughra. kami discuss pasal Abdullah bin Jahsy. meh kita share sikit apa yang aku dapat dari usrah ni.
Abdullah bin Jahsy r.a adalah anak kepada ibu saudara Rasulullah SAW,
Umamah binti Abdul Mutallib dan juga ipar kepada Rasulullah SAW kerana
Rasulullah SAW mengahwini saudara perempuannya Zainab binti Jahsy r.a.
Beliau merupakan antara 40 orang terawal memeluk Islam.
Berikutan daripada hijrah beliau ke Madinah, harta-harta peninggalan
dan kekayaan Abdullah bin Jahsy telah di rampas oleh Abu Jahal.
Peristiwa ini berlaku apabile para pembesar Quraisy yang mengadakan
rondaan bagi memeriksa sudut-sudut kota Mekah mendatangi perkampunang
Bani Jahsy, iaitu setelah Abdullah bin Jahsy meninggalkan kota Mekah.
Pemimpin meraka, Abu Jahal yang mendapati rumah Abdullah bin Jahsy tidak
berpenghuni dan dipenuhi harta kekayaan, telah mengambil seluruh harta
itu. Perkara ini kemudiannya sampai ke pengatahuan Abdullah bin Jahsy
dan beliau mengadu kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah telah menjawab: “Allah akan menggantikannya dengan rumah yang paling baik di Syurga”
Beliau diberi mandat memegang bendera Islam dalam peperangan.
Semasa bulan haram berperang, ada kabilah yang ingin memasuki Mekah. Beliau dalam dilema, adakah mahu berperang dan melanggar arahan Rasulullah atau ingin membiarkan kabilah masuk ke Tanah Haram.
Beliau membuat keputusan untuk berperang kerana ingin menjaga keamanan Mekah.
Apabila berita itu diketahui Rasulullah, beliau dimarahi oleh Rasulullah kerana melanggar arahan. Beliau dipulaukan oleh orang ramai. Ketika itu Abdullah berasa "down" dan hilang semangat, namun beliau terus beristighfar.
Ketika itu, Rasulullah turut merasa perasaan Abdullah apabila dipulaukan, namun baginda juga buntu sehingga turun wahyu dari Allah swt iaitu Surah Al-Baqarah ayat ke 217
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai
(hukum) berperang dalam bulan yang dihormati katakanlah: "Peperangan
dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi
(orang-orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya, dan
juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di
Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah
lebih besar lagi dosanya disisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah
itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan
yang dihormati). Dan mereka orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi
kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka
sanggup (melakukan demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad
(berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia
tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal
usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
to be continue, in shaa Allah. assalmu'alaikum ~
Abdullah bin Jahsy sebagai Amirul Mukminin
No comments:
Post a Comment